Maklumat Setempat

Maklumat Komuniti
  • Maklumat Am
    pintu gerbang b1
    Nama Felda Gunung Besout diambil sempena nama gunung – gunung yang terdapat di sekeliling rancangan ini. Gunung – Gunung ini mempunyai keistimewaan iaitu apabila sesuatu perkataan dilaungkan, pasti kedengaran suara bersahut – sahutan di setiap gunung disekitarnya pada masa itu.
    Rancangan Felda Gunung Besout 1 telah dibangunkan dari tahun 1973 dan merupakan rancangan pertama bagi gugusan Besout dengan tanaman utamanya adalah kelapa sawit. Rancangan ini terletak 130km dari Kuala Lumpur dan 115km dari bandaraya Ipoh.
    Selain daripada peneroka, polulasi rancangan ini juga merangkumi kakitangan dari kumpulan Felda iaitu FPISB, FTPSB, FPSB dan juga dari pelbagai agensi yang memberi khidmat kepada komuniti peneroka.
    info2
  • Parlimen,DUN, JKKK, Penghulu, Ketua Kampung
    Parlimen : Tanjung Malim
    DUN : Slim River
    Pengurus FELDA : En Zaki B Hussin
    Ketua Kampung : En Alias B Salion
  • Persatuan Belia/ Masyarakat/ wanita,etc
    Pengerusi Belia : Ahmad Fitri Bin Ngah Rahman
    Pengerusi GPW : Pn Patimah Binti Saari
Rekreasi & Pelancongan
  • Pusat tumpuan pelancongan
    Felda Residence Hot Spring Sg Klah
    ‘Nikmatilah Air Panas Semualajadi yang Berlatarbelakangkan Keindahan Banjaran Titiwangsa’
    Alamat : Sungai Klah , 35600 Sungkai, Perak
    No Tel :05-4388802
    hotspring4 hotspring2 hotspring
  • Tempat makan yang menarik
    Setiap tempat mempunyai keunikan makanan yang tersendiri. Di Felda Gunung Besout 1, masyarakat di sini terdiri dari berbagai latar belakang keturunan seperti Melayu, Banjar, Jawa dan Minang.Bagi masyarakat yang berketuruan Banjar di Felda Gunung Besout 1, mereka sangat terkenal dengan masakan seperti wadai kiping dan kalakatar. Terutamanya ketika bulan Ramadan dan majlis keramaian, juadah tersebut merupakan juadah yang sering disajikan kepada tetamu.20130105_202629 DSC00772
  • Homestay
    Program Homestay di Felda Gunung Besout 1 adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru yang ditawarkan kepada pengunjung . Melalui program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan setempat secara langsung.
    Program ini menawarkan kepada pelancong / pengunjung suatu gaya penginapan yang berlainan dan istimewa dengan penekanan terhadap layanan mesra tuan rumah di samping menikmati keindahan desa yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta aktiviti kebudayaan tradional setempat. Di Felda Gunung Besout 1 terdapat homestay yang diusahakan oleh badan setempat mahupun secara individu. Dengan adanya program homestay ia dapat menambah pendapatan bagi masyarakat luar bandar, dan menggalakkan semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan masyarakat.
    Selain dari itu, Felda Gunung Besout 1 merupakan tumpuan kepada Lawatan Deligasi Antarabangsa dari pelbagai negara antaranya Itali, Papua New Guinea,Sweden,Indonesia . Melalui lawatan ini rombongan dapat belajar cara bagaimana FELDA membangunkan kehidupan masyarakat dari fasa kemiskinan kepada cara hidup yang lebih moden dan membangun.Malah, Felda Gunung Besout 1 juga sering menjadi lokasi bagi penerbitan dokumentari dan kajian berkenaan kehidupan di luar bandar.
    IMG-20151119-WA0030 IMG-20151119-WA0034 IMG-20151119-WA0031
Kemudahan Awam
  • Polis, Bomba, Hospital, Klinik, Perpustakaan, Rumah Ibadat, Balai Raya, Dewan
    Antara Kemudahan awam yang terdapat di Felda Gunung Besout 1 adalah :
    * Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq
    * Dewan Semai Bakti
    * Perpustakaan Desa
    * Balai Raya
    * Pos Kawalan RELA
    * Mesin ATM
    * Padang Awam
    * Padang Futsal
    * Taman Permainan
    20151223_113256 20151223_113220 20151223_113143
Pendidikan
  • University, Sekolah, Kolej
    * Pusat Anak Permata Negara ( PAPN )
    * Sekolah Kebangsaan Seri Besout ( SKSB )
    * Sekolah Rendah Agama Rakyat Mishabul Falah ( SRAR )
    * Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Besout ( SMKFB )
Kisah Kejayaan
  • Ikon komuniti
    13217292_1139865552732098_5490099144903515526_o13178570_280049925669758_2344198102494200803_n
    Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’. Peribahasa itulah yang dijadikan panduan oleh Suzita Muhamad dalam mengejar kejayaan.Anak kelahiran Felda Gunung Besout 1 ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dari Universiti Sains Malaysia. Pengalaman bekerja makan gaji telah menyuntik semangat beliau untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan. Bermula dengan satu set komputer dan satu set meja tulis , beliau memberanikan diri menceburi bidang perniagaan di bawah nama Mesra Umi Enterprise di Seri Iskandar.
    Perniagaan yang diusahakan itu adalah berasaskan percetakan dan pengiklanan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah mereka bentuk dan mencetak kad kahwin, banner, banting, bagde dan sebagainya. Susulan dari itu beliau membuka satu lagi cawangan di Felda Gunung Besout 1.Perniagaan itu diberi nama Mohaqeef Graphic & Stationary Mini Pos.
    Selain menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan, beliau turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Antara pencapaian dan pengiktifaran yang dikecapi beliau dalam bidang kepimpinan adalah Tokoh Beliawanis Negeri Perak (2016), Penarafan 5 Bintang Pertubuhan Belia ( 2013 & 2014 ), Tempat Ke-3 APBM PRKT Negeri Perak (2014), Penceramah Motivasi dan Berita Kampus Terbaik. Beliau juga merupakan penulis artikel majalah FELDA (Satu Suara) dan Utusan Malaysia (M) Sdn.Bhd.
  • Usahawan online berjaya/ anugerah
    Nama : Encik Ismail Bin Mohamad Zin (Penyelaras Unit Pendidikan Khas SK Sri Besout)
    Projek : Anak Pokok Tut (Tanaman Tin)
    Facebook Page : https://www.facebook.com/projektinsksribesout
    Facebook page Projek Tanaman Tin ini dibuka pada Januari 2015 dan sehingga kini page ini telah memilik lebih dari 2,800 like. Pada permulaannya page ini berfungsi sebagai medium perkongsian ilmu mengenai proses penanaman dan penjagaan pokok tin.
    Apabila melihat anak pokok tin yang ditaman oleh En Ismail bersama pelajar Pendidikan Khas semakin sihat dan besar, En Ismail mula menjual anak pokok tut bagi menampung kos penjagaan dan penanaman. Jualan anak pokok tut secara online yang dijalankan oleh En Ismail mendapat sambutan yang menggalakkan. Sehingga kini anak pokok tut ini telah dipos ke seluruh Malaysia, antaranya Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur. Jenis-jenis anak pokok tut yang dijual adalah IBG, MASUI DAUPHINE, BLACK GEN0A, TENA, BLACK JACK dan BROWN TURKEY.
    Maklumat balas yang diterima daripada pembeli juga sangat-sangat positif. Rata-rata berpuas hati dengan mutu anak pokok tut yang dijual oleh En. Ismail.
    20150730_09104012994476_1720204128250182_6133102515101017591_n11699030_1621479948122601_4536718480418675475_o13054993_1726089214328340_4006653723264837616_o12961640_1717967681807160_5656237192961400288_n10658690_1617295375207725_7074665094335210732_o
  • Warga Emas/ OKU yang celik IT/ Usahawan
    Walaupun usia masing – masing mencecah 60 tahun, namum bagi empat orang penerokawati dari Felda Gunung Besout 1 tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kelas mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT).
    Mereka mengikuti kelas latihan komputer di Pusat Internet 1Malaysia ( PI1M ) Felda Gunung Besout 1 pada setiap hari Selasa dan Khamis setiap minggu. Minat dan usaha sekumpulan warga emas ini patut dipuji dan menjadi contoh terbaik kepada golongan remaja kerana mereka mempelajari IT tidak mengira usia asalkan ada kemahuan untuk berbuat demikian. Mereka diajar asas menggunakan komputer, internet dan pendedahan kepada media sosial. Setelah beberapa sesi kelas Komputer, mereka kini telah membuka akaun Facebook bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan anak-anak yang bekerja diluar dan pada masa yang sama berkongsi masakan dan aktiviti dengan rakan-rakan. Mereka juga telah mahir menggunakan perisian Microsoft Office (Word & Excel), internet dan email.
    Pada masa akan datang, PI1M Felda Gunung Besout 1 menyasarkan lebih ramai penyertaan warga emas untuk mengikuti kelas komputer.
    20160428_10271820160329_101825CYMERA_20160329_121621
Keusahawanan
  • Usahawan online
    Antara usahawan online yang terdapat di Felda Gunung Besout 1 :
    1. Encik Ismail Bin Mohamd zin
    Facebook page : https://www.facebook.com/projektinsksribesout/?fref=ts
    Menjual dan menerima tempahan anak pokok tut secara online
    13054993_1726089214328340_4006653723264837616_o
    2. Pn Norazlin Binti Asmoni
    Facebook : https://www.facebook.com/fahimazlen.johari?fref=ts&ref=br_tf&qsefr=1
    Pemilik Mamacoffee yang menjual pelbagai jenis air dan menu istimewa laksa sedut. Menerima tempahan secara online melalui laman sosial facebook dan juga whatapp.
    13220850_1096015717126321_7537596036271633877_n
    3. Normah Bt Sharif
    Facebook : https://www.facebook.com/faizalnorm.faris
    Pemilik Normy Kitchen yang menjual pelbagai jenis kek untuk majlis keraian dan gubahan bunga segar dan coklat. Serta menyediakan perkhidmatan ‘surprise delivery’ sekitar Sungkai, Slim, Bidor dan Tanjung Malim. Menerima tempahan secara online melalui laman sosial facebook dan juga whatapp.
    20150730_073215-1
    4. Wan Hasimah Binti Abdul Mutalib
    Facebook :https://www.facebook.com/profile.php?id=100005548639068&fref=ts
    Pemilik Aisyah Rezeki Enterprise yang menjual pelbagai jenis makanan frozen seperti donut, karipap dan donut sosej. IMG-20160310-WA0016
  • Perkhidmatan
    Membuat dan menerima tempahan batu nisan dan kepok (En Ramli Bin Damiri/054311096)
    20160601_141216
  • Produk
    KAK WAN FROZEN
    Label 2 20160517_180102 20160517_180310 Antara produk yang dihasilkan oleh Puan Wan Hasimah Bt Abd Mutalib ialah donut ring, donut sosej, karipap, roti canai, lepat ubi, cucur badak, mini pizza dan donut berinti (kacang dan kelapa).
    Wan Hasimah Abd Mutalib ( 013-264 1230 )
    Era Harmoni Enterprise
    kerepek_bawang PP0012-6_jpg-web imagesPCSXFT0O
    Pengusaha makanan ringan. Antara produk yang dikeluarkan oleh Era Harmoni Enterprise adalah kerepek bawang, tiram manis, jejari pedas, kerepek ubi dan juga kerepek pisang.Sebarang tempahan boleh hubungi Puan Rahmah ( 019 – 4684915 )