KEMERIAHAN HARI TERBUKA PI1M 2017

04 November 2017 | Berita Semasa
Pada 27 & 28 Oktober 2017 , PI1M Felda Gunung Besout 1 telah menganjurkan Hari Terbuka. Penganjuran Hari Terbuka PI1M ini adalah penutup aktiviti tahun 2017 khasnya untuk komuniti setempat Felda Gunung Besout 1. Program yang bermula hari Jumaat jam 3.00 petang telah disusun dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang berlangsung adalah bengkel sihat dan cantik, pertandingan aspek wanita, pertandingan futsal,pertandingan karaoke dan juga aktiviti lain seperti face painting serta mewarna batik. Aktiviti santai juga turut disediakan dimana para pengunjung hanya perlu membeli kupon dan bermain beberapa permainan antaranya giant jengga,coin down, ping pong basketball, ring toss dan lucky ducky seterusnya melayakkan pengunjung memenangi pelbagai cabutan bertuah yang menarik.

Dihari kedua program ini telah dimulai dengan aktiviti larian 7tahun PI1M bersama komuniti setempat. Pelbagai lapisan umur yang menyertai larian ini yang terdiri daripada pelajar sekolah, dewasa dan warga emas. Selain itu, kempen menderma darah juga turut diadakan dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari komuniti setempat. Pameran daripada agensi kerajaan seperti pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Batang Padang dan aktiviti kuiz interaktif yang dijalankan turut memeriahkan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Gunung Besout 1. Bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat, aktiviti sukaneka turut dijalankan seperti boling kelapa, mana biskut dan musang berjanggut. Akvititi ini menyaksikan telatah lucu dan mencuit hati para pengunjung. Tidak ketinggalan juga terdapat jualan – jualan dari usahawan tempatan dan kawasan sekitarnya. Pada sebelah petangnya pula telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak iaitu Encik Haidir Bin Moin.

Turut hadir bersama adalah Pengurus FELDA serta barisan kepimpinan Felda Gunung Besout 1. Seterusnya majlis diikuti dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang serta cabutan bertuah. Program ini telah dikunjungi oleh pelbagai lapisan umur yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas penduduk Felda Gunung Besout 1 dan kawasan sekitar. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

20171027_155013 20171027_162049 20171027_163044 20171027_163155 20171027_173445 20171028_074622 20171028_074623 20171028_080104 20171028_092800 20171028_093637 20171028_101716 20171028_102115 20171028_102348 20171028_102452 20171028_102538 20171028_102540 20171028_110348 20171028_112843 20171028_113745 20171028_114638 20171028_120713