EXPERT WORKSHOP ‘360 VIDEO EDITING’

25 September 2018 | Berita Semasa
Pada 8 September yang lalu telah berlangsung Program Expert Workshop iaitu ‘360 Video Editing ‘ anjuran Pusat Internet Felda Gunung Besout 1. Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir terdiri pelajar tingkatan 3 dari Kelab Fotografi Sekolah Menengah Felda Besout. Bengkel ini dimulakan dengan sesi teori,pengenalan mengenai sesebuah produksi dan teknik – teknik editing bagi sesebuah video. Pada sesi yang kedua, para peserta diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah video bertemakan alam sekitar yang berdurasi 90 saat. Disinilah para peserta dapat mempraktikkan teknik yang telah di ajar oleh tenaga pengajar. Diharapkan dengan penganjuran bengkel seperti ini ia dapat memberi nilai tambah kepada pelajar – pelajar dan dapat mencungkil bakat – bakat baru dalam bidang seni kreatif. Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

20180908_095158 20180908_111714 20180908_120738 20180908_121841 20180908_122108 20180908_124444 20180908_130604 20180908_131340