BENGKEL HANDS – ON TANAMAN HIDROPONIK MODEN Siri 2

28 Februari 2018 | Berita Semasa
Pada 25 Februari 2018 ( Sabtu ) telah diadakan program Bengkel Hands-on Tanaman Hidroponik Moden bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Sungai Klah.Program ini merupakan anjuran Pusat Internet 1Malaysia Daerah Batang Padang dan Muallim. Antara pengisian program yang dijalankan pada hari tersebut adalah pengenalan kepada hidroponik dan jenis – jenis sistem hidroponik, semaian dan transplant, pembajaan dan kawalan, penyedian set serta DIY hidroponik.Didalam bengkel ini juga turut dikongsikan peluang dan potensi tanaman hidroponik dalam perniagaan.Bengkel pada hari ini telah disampaikan oleh En Ahmad Zaki Bin Abdullah yang merupakan pemilik Green Garden Agro. Bengkel yang berlangsung dari jam 9.00 pagi berakhir pada jam 2.00petang.
20180225_123535 IMG-20180225-WA0003 IMG-20180225-WA0005 IMG-20180225-WA0007 IMG-20180225-WA0010