Berita & Aktiviti Terkini

HARI TERBUKA 2018

04 January 2019 | Berita Semasa

Pada 19 & 20 Disember 2018 , Pusat Internet Felda Gunung Besout 01 telah menganjurkan Hari Terbuka 2018. Penganjuran Hari Terbuka Pusat Internet ini adalah penutup aktiviti tahun 2018 khasnya untuk komuniti setempat Felda Gunung Besout.

PROGRAM HARI ICT 2018 UPSI

02 December 2018 | Berita Semasa

Pada 30 November 2018 , Pusat Internet telah diundang mengadakan pameran sempena Majlis Perasmian Penutup Hari ICT 2018 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Pusat Internet kepada pengunjung yang hadir ke booth Pusat Internet dan SKMM antaranya Roda Impian Klik Dengan Bijak, Word Seach dan Tayangan Video.Sepanjang pameran ini berlangsung banyak mesej dan maklumat yang dikongsi berkaitan kawalan kendiri dimedia sosial dan juga kempen yang sedang dijalankan oleh SKMM.

PROGRAM JELAJAH KOMUNITI PIDM

05 November 2018 | Berita Semasa

Pada 3 November 2018 (Sabtu ) telah berlangsung Program Jelajah Komuniti PIDM bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 1. Program bermula pada jam 8.00 pagi – 1.00tenghari. Program ini anjuran Perbadanan Insurans Deposit Ma¬laysia (PIDM) bertujuan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang fungsi dan peranan PIDM dengan lebih mendalam.

KELAS BIMBINGAN MENGGUNAKAN PORTAL KWSP DAN PERKESO

26 October 2018 | Berita Semasa

Pusat Internet merupakan salah satu tempat yang menjadi perantara komuniti setempat untuk melaksanakan sebarang kerja yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan internet.Di Pusat Internet selain boleh melayari internet, pusat internet juga menyediakan latihan komputer kepada setiap pengguna yang ingin mempelajari penggunanaan komputer dan internet. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, penggunaan Internet amat mempengaruhi kehidupan harian serta kerja komuniti. Tidak ketinggalan juga, pekerja Koperasi Felda Gunung Besout 1 mengambil peluang dengan menghadiri kelas bimbingan menggunakan portal KWSP dan PERKESO yang diadakan di Pusat Internet. Hal ini dapat membantu mereka serta menjimatkan masa untuk mereka pergi ke Pejabat KWSP dn PERKESO bagi mengemaskini bayaran dan maklumat pekerja.  

43159220_2323744907640334_2848202034719490048_n

EXPERT WORKSHOP ‘360 VIDEO EDITING’

25 September 2018 | Berita Semasa

Pada 8 September yang lalu telah berlangsung Program Expert Workshop iaitu ‘360 Video Editing ‘ anjuran Pusat Internet Felda Gunung Besout 1. Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir terdiri pelajar tingkatan 3 dari Kelab Fotografi Sekolah Menengah Felda Besout.