PROGRAM JELAJAH KOMUNITI PIDM
05 November 2018 | Berita Semasa
Pada 3 November 2018 (Sabtu ) telah berlangsung Program Jelajah Komuniti PIDM bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 1. Program bermula pada jam 8.00 pagi – 1.00tenghari. Program ini anjuran Perbadanan Insurans Deposit Ma¬laysia (PIDM) bertujuan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang fungsi dan peranan PIDM dengan lebih mendalam.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran dan jualan termasuk sebuah trak PIDM, zumba, sukaneka dan ceramah mengenai pengurusan kewangan peribadi.





