KELAS BIMBINGAN MENGGUNAKAN PORTAL KWSP DAN PERKESO

26 October 2018 | Berita Semasa
Pusat Internet merupakan salah satu tempat yang menjadi perantara komuniti setempat untuk melaksanakan sebarang kerja yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan internet.Di Pusat Internet selain boleh melayari internet, pusat internet juga menyediakan latihan komputer kepada setiap pengguna yang ingin mempelajari penggunanaan komputer dan internet. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, penggunaan Internet amat mempengaruhi kehidupan harian serta kerja komuniti. Tidak ketinggalan juga, pekerja Koperasi Felda Gunung Besout 1 mengambil peluang dengan menghadiri kelas bimbingan menggunakan portal KWSP dan PERKESO yang diadakan di Pusat Internet. Hal ini dapat membantu mereka serta menjimatkan masa untuk mereka pergi ke Pejabat KWSP dn PERKESO bagi mengemaskini bayaran dan maklumat pekerja.  

43159220_2323744907640334_2848202034719490048_n