SAMBUTAN HARI WARGA EMAS & HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA KLINIK KESIHATAN FELDA BESOUT

02 November 2022 | Berita Semasa

Pada 15 Oktober 2022 telah berlangsung Sambutan Hari Warga Emas & Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran Klinik Kesihatan Felda Besout dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Felda Besout. Antara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, dan aktiviti sukaneka bersama Kelab Warga Emas Felda Besout. Pihak PEDi juga turut bersama- sama dalam program ini sebagai ahli jawatankuasa sukaneka. Semoga program kerjasama ini dapat diadakan pada masa akan datang.