CYBER KIDS HOLIDAY PROGRAM

03 October 2022 | Berita Semasa

Alhamdulillah, selesai Digital Revolution Camp 2022 (Cyber Kids Holiday Program) di PEDi Felda Gunung Besout 1 selama 3 hari dari 3 September 2022 sehingga 5 September 2022. Terima kasih tidak terhingga kepada tenaga pengajar daripada MMU di atas segala ilmu dan perkongsian yang diberikan. Antara modul yang diajar dalam bengkel ini adalah Augmented Reality, Python Programming, New Media Platform dan Mobile Apps Programming. Tahniah buat adik-adik semua atas komitmen yang sangat hebat sepanjang program ini berlangsung. Semoga usaha & masa yang adik-adik berikan untuk menuntut ilmu, Allah SWT berkati dan memberikan sebaik-baik ganjaran disisiNya.