SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 65 TAHUN

01 September 2022 | Berita Semasa

Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 65 tahun, PEDi Felda Gunung Besout 1 telah menganjurkan program kemerdekaan yang berkonsepkan digital pada 22 Ogos 2022 – 29 Ogos 2022 antaranya adalah Kuiz Harian Terkumpul ( 65 Tahun Jelajah Kemerdekaan ), Pertandingan Ucapan Kemerdekaan Tiktok dan Pertandingan Fotografi (My Precious Felda x Merdeka). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan ucapan terima kasih di atas penyertaan semua peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan!