BENGKEL JOM MASUK IPT 2022

05 July 2022 | Berita Semasa

Pada 16 & 17 Jun 2022 telah berlangsung Bengkel JOM Masuk IPT 2022 bersama para pelajar SPM 2021 dari Sekolah Menengah Felda Besout. Bengkel ini merupakan anjuran PEDi Besout 1 bersama pihak sekolah SMKFB. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 sehingga jam 1.00 tengahari. Pada sesi bengkel ini para pelajar SPM 2021 diberi penerangan berkenaan cara – cara mengisi permohonan UPU secara atas talian dan juga khidmat nasihat mengenai kursus yang dipilih dan disampaikan oleh Puan Saadah (Guru Kaunseling SMKFB).