PROGRAM MEMASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK

22 April 2022 | Berita Semasa

Sempena Ramadhan Al Mubarak 1443 Hijrah, satu program amal memasak bubur lambuk oleh komuniti Felda Gunung Besout 1 telah diadakan. Program memasak bubur lambuk ini merupakan acara tradisi yang dilakukan oleh komuniti Felda Gunung Besout 1 setiap tibanya bulan Ramadhan.


Menariknya program memasak bubur lambuk ini diadakan setiap minggu pada hari Khamis mengikut jadual yang telah disusun. Pihak pengurusan PEDi Felda Gunung Besout 1 turut sama terlibat bersama komuniti dalam program ini yang telah diadakan pada 21 April 2022 (Khamis). Sebanyak tiga periuk besar bubur lambuk telah dimasak untuk diagihkan kepada anggota blok yang terlibat dan komuniti setempat. Dengan adanya program seperti ini ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim disamping menggalakkan amalan berkongsi rezeki sesama ahli masyarakat.

Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk Bersama Komuniti Felda Gunung Besout 1