BENGKEL SEMAIAN CILI API BARA

30 March 2022 | Berita Semasa

Pada 28 Mac 2022 (Isnin) Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Gunung Besout 1 telah mengadakan Bengkel Semaian Cili Api Bara. Bengkel ini adalah kerjasama antara PEDi Felda Gunung Besout 1 dengan Jan Maju Jaya Fertigasi yang dilatih sendiri oleh Encik Azizal Bin Ahmad. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan pengurusan fertigasi dan tutorial cara semaian cili api bara yang betul kepada komuniti setempat secara percuma. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat memberi ilmu baru dan kemahiran yang berguna kepada para peserta yang menyertainya.