PROGRAM KLIK DIGITAL 2.0 (SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021)

30 August 2021 | Berita Semasa

Pada 6 Ogos 2021 hingga 29 Ogos  2021 Pusat Internet Felda Gunung Besout 1 telah melaksanakan Program Klik Digital 2.0. Program yang bertemakan Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 ini telah berlangsung secara atas talian yang memerlukan para peserta menghantar penyertaan melalui platform digital. Platform digital tersebut adalah Facebook, Instagram, Tiktok, Google Form, Google Meet dan YouTube. Melalui penggunaan platform ini dapat mengajar para peserta mengenal dan menggunakan fungsi-fungsi aturan yang terdapat di setiap platform digital.

          Pelbagai  aktiviti dan pengisian program yang dijalankan antaranya adalah Pertandingan Xplorace Merdeka, Kostum Merdeka, Teka Silang Kata, Mewarna, Fotografi, Food Art, My Komuniti Kreatif dan Video Pengisahan Kenegaraan. Turut diadakan juga sesi Live BizTalk @ Pusat Internet bagi mempromosikan produk-produk usahawan tempatan.

Seterusnya, Sesi Penutup dan Pengumuman Pemenang bagi program ini telah diadakan secara LIVE pada 29 Ogos 2021 pada jam 8.15 malam melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 1. Pengisian yang diadakan semasa LIVE adalah kuiz spontan untuk interaksi bersama penonton, quizizz, dan cabutan bertuah untuk penonton LIVE sebagai tanda meraikan sokongan yang diberikan dalam program ini. Program yang dijalankan sepenuhnya secara atas talian ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat. Malah, program ini juga mendapat penyertaan dari komuniti luar seperti dari negeri Kedah, Selangor, Johor, Terengganu dan Sabah. Semoga program ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

Sesi Penutup dan Pengumuman Pemenang
Live BizTalk Bersama Usahawan Warung Shushi Felda Gunung Besout 1
Xplorace Merdeka dan Kostum Merdeka via Google Meet