PROGRAM SALAM KOSONG-KOSONG

14 June 2021 | Berita Semasa

Pada 12 Mei 2021 hingga 10 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 1 telah menganjurkan Program Salam Kosong-Kosong. Program yang dijalankan ini telah berlangsung secara atas talian yang memerlukan para peserta menghantar penyertaan melalui platform digital. Platform digital tersebut adalah Facebook, Instagram, Tiktok, Google Form, Google Meet dan YouTube. Melalui penggunaan platform ini dapat mengajar para peserta mengenal dan menggunakan fungsi-fungsi aturan yang terdapat di setiap platform digital.

Pelbagai  aktiviti dan pengisian program yang dijalankan antaranya adalah Pertandingan Video Food Review, Video Tiktok Suasana Hari Raya, Video Iklan, Fotografi Kreatif, Cipta Kad Raya Digital, Komuniti Kreatif, Snap Caption & Win, Esei Pendek Digital Share & Win, Rakan PIK dan Bengkel Online Microsoft Office. Setiap pertandingan mempunyai tema yang berbeza dan tahap kesukaran yang berbeza dalam mencungkil bakat para peserta.  Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan juga adalah bersesuaian dengan objektif program yang telah ditetapkan.