WARGA EMAS DAN GAYA HIDUP DIGITAL

27 March 2021 | Berita Semasa

Kini gaya hidup digital merupakan norma baru bagi semua peringkat umur. Warga emas juga semakin celik IT dan sentiasa ingin mempelajari perkara baru untuk menyesuaikan diri serta tidak mahu ketinggalan dalam arus dunia digital ini. Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 1 menjadi pilihan warga emas untuk belajar menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar. Baru-baru ini Pusat Internet Komuniti dibawah Webe Digital Sdn Bhd telah menjalankan Program secara atas talian. Terdapat pelbagai pertandingan telah dijalankan dan memerlukan peserta menghantar penyertaan melalui platform Media Sosial seperti Facebook, Youtube, TikTok, Telegram, Google Meet dan lain-lain. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti menjadi rujukan para peserta untuk mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi tersebut terutamanya warga emas. Kini tiada yang mustahil dan warga emas juga dapat merebut peluang dalam setiap program yang dianjurkan.