PROGRAM KLIK DIGITAL

24 March 2021 | Berita Semasa

Pada 15 Mac 2021 hingga 20 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 1 telah menganjurkan Program Klik Digital. Program yang dijalankan ini berlangsung secara atas talian dimana para peserta menghantar penyertaan melalui platform digital seperti Facebook, Google Form, Google Meet dan juga YouTube.

Pelbagai aktiviti dan pengisian program yang dijalankan antaranya adalah Pertandingan Video Nasihat Santai dengan tema ‘Tips Berkomunikasi Di Internet’ dan Video Motivasi ‘Tips Berjaya Dalam Perniagaan’ bagi kategori usahawan . Selain itu turut diadakan juga Pertandingan MyKomuniti Kreatif, Pertandingan Jom Bercerita Kanak-Kanak, Pertandingan Fotografi, Xplorace Via Online, Pertandingan Video Kreatif ‘Ilham DIY’ dan juga Snap, Caption dan Menang dengan tema ‘Cakna Keselamatan Siber’. Turut diadakan juga Pertandingan Kuiz Terkumpul dan Kuiz Harian yang bertemakan Klik Dengan Bijak dan Pengurusan Maklumat. Majlis penutup bagi program ini diadakan secara LIVE pada 20 Mac 2021 jam 9.00 malam melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti  bersama dengan para peserta pertandingan.

Wajah ceria para peserta bersama hadiah yang dimenangi
Wajah ceria para peserta bersama hadiah yang dimenangi