PENGALAMAN MENJADI SUMBER ILMU

27 February 2021 | Berita Semasa

Ilmu dapat disalurkan kepada orang lain berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Berdasarkan program-program sebelum ini yang dijalankan secara online telah memberi banyak ilmu dan pengajaran kepada pekerja Pusat Internet Komuniti. Kami telah belajar sesuatu yang baru dalam menjayakan Program Digital secara Norma Baharu seperti pengendalian program secara online melalui media sosial khususnya Facebook Live, Google Meet, OBS Software, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kami dapat menyumbang kembali kepada komuniti dengan memberi latihan cara mengendalikan aktiviti secara online dan persediaan peralatan yang diperlukan.

Memberi tunjuk ajar penggunaan peralatan audio untuk menjayakan LIVE
Guru-guru tersebut membuat persediaan terakhir sebelum LIVE Streaming pada hari esok