PROGRAM #KITA DIGITAL 2.0

23 November 2020 | Berita Semasa

Program Kita Digital 2.0 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Gunung Besout 1. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Program Kita Digital 2.0 ini adalah berunsurkan pendidikan digital, dengan matlamat utama program memperkasakan penggunaan digital dalam kehidupan seharian disamping melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.

Program Kita Digital 2.0 ini telah dijalankan pada 14 November 2020 hingga 21 November 2020. Program yang dijalankan ini berlangsung secara atas talian dimana para peserta menghantar penyertaan melalui platform digital seperti Facebook, Google Form, Google Meet dan juga YouTube.

Pelbagai aktiviti dan pengisian program yang dijalankan antaranya adalah Pertandingan Video Nasihat Santai dengan tema ‘Jangan Terlebih Kongsi’ dan Video Iklan Komersial bagi kategori usahawan . Selain itu turut diadakan juga Pertandingan My Komuniti Kreatif, Pertandingan Foto Si Comel, Pertandingan Fotografi, Xplorace Via Online 3.0,Pertandingan Copy My Style dan juga Tiktok Challenge. Turut diadakan juga Kuiz Harian Siri 1 hingga Siri 5 yang bertemakan Klik Dengan Bijak dan Pengurusan Maklumat. Majlis penutup bagi program ini diadakan secara LIVE pada 21 November jam 9.00 malam melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti  bersama dengan para peserta pertandingan.

Tahniah!Peserta pertandingan bersama hadiah yang dimenangi
Tahniah!Peserta pertandingan bersama hadiah yang dimenangi