PROGRAM #KITA DIGITAL

05 October 2020 | Berita Semasa

Program #Kita Digital telah dijalankan secara atas talian bermula daripada 23 September 2020 sehingga 30 September 2020. Terdapat pelbagai pertandingan yang telah dipertandingkan dan penyertaan juga adalah secara atas talian. Program secara atas talian ini merupakan program kali kedua dianjurkan dan jumlah penyertaan telah meningkat daripada komuniti setempat serta masyarakat daripada luar Negeri Perak.

Majlis Penutup Program #Kita Digital Dan Pengumuman Pemenang

Kemuncak bagi Program #Kita Digital adalah secara atas talian dengan menggunakan medium media sosial Facebook. Kami daripada Pusat Internet Felda Gunung Besout 1 telah bersiaran secara langsung di Facebook pada 30 September 2020 pada pukul 9.00 malam untuk mengumumkan pemenang pertandingan. Beberapa aktiviti dan perkongsian tentang Klik Dengan Bijak turut diadakan semasa siaran langsung untuk mendidik dan menarik minat penonton.

Pemenang Pertandingan Poster Usahawan, Pertandingan Fotografi Travel dan Explorace Via Online
Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Video Pendek ‘ Adab Dimana’
Wajah Ceria Pemenang Yang Selalu Menyokong Program Pusat Internet Felda Gunung Besout 1