BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER 2020
05 September 2020 | Berita SemasaBengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti 2020 telah berlangsung secara atas talian pada 5 September 2020. Bengkel ini telah disertai oleh semua Pusat Internet Malaysia di seluruh Malaysia dan turut disertai sukarelawan yang telah berdaftar bagi menjayakan Program MIV 2020. Taklimat MIV dan tugasan untuk sukarelawan telah diketuai oleh Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai Modul “Klik Dengan Bijak” dan kandungan “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”. Sukarelawan akan menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak MCMC selama 8 minggu di Media Sosial sukarelawan.

