BENGKEL DIGITAL MARKETING

03 August 2020 | Berita Semasa

Pada 21 & 22 Julai 2020 telah berlangung Bengkel Digital Maketing anjuran Pusat Internet dibawah kendalian Webe Digital Sdn. Bhd . Program ini telah berlangung selama 2 hari bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Antara pengisian tajuk yang diajar pada bengkel kali ini adalah berkenaan teknik pemasaran menggunakan Facebook dan juga Instagram. Selain itu turut diajar teknik suntingan gambar menggunakan aplikasi mudah alih seperti Canva, Snapseed, dan Poster Maker.