PROGRAM LITERASI DIGITAL ‘NORMA BAHARU’

09 July 2020 | Berita Semasa

Program Literasi Digital yang bertemakan ‘Norma Baharu’ telah dijalankan secara atas talian bermula daripada 22 Jun 2020 sehingga 5 Julai 2020. Terdapat pelbagai pertandingan telah dipertandingkan dan penyertaan juga adalah secara atas talian. Program ini sangat berjaya menarik lebih ramai penyertaan daripada komuniti setempat malah yang lebih mengujakan penyertaan kali ini turut disertai masyarakat luar daripada Negeri Perak.

Kemuncak bagi Program Literasi Digital ‘Norma Baharu adalah secara atas talian dengan menggunakan medium media sosial Facebook. Kami daripada Pusat Internet Felda Gunung Besout 1 telah bersiaran secara langsung di Facebook pada 5 Julai 2020 untuk mengumumkan pemenang pertandingan dan beberapa aktiviti turut dijalankan bagi menarik minat lebih ramai menonton kami.

Pemenang Tempat Kedua Pertandingan Video Kreatif Norma Baharu
Pemenang Tempat Pertama Xplorace Via Online
Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Video Kreatif Norma Baharu
dan
Smartphone Fotografi