EXPERT WORKSHOP: MOBILE SPA

10 October 2019 | Berita Semasa

Pada 26 September2019 (Khamis) telah berlangsung Expert Wokrshop ‘Mobile SPA’ anjuran Pusat Internet Felda Gunung Besout 1. Bengkel pada kali ini memberi peluang kepada kaum wanita untuk menjana pendapatan dari rumah. Bengkel telah disampaikan oleh Puan Rosidah Binti Sabu yang merupakan seorang usahawan Mobile SPA. Pada sesi pertama, peserta diperkenalkan tentang perniagaan Mobile SPA dan bagaimana untuk menjana pendapatan melalui perniagaan ini. Seterusnya pada sesi kedua, kursus secara praktikal dijalankan dimana peserta diajar teknik – teknik rawatan bagi spa muka seperti mencuci, merawat dan mengurut muka dengan cara yang betul. Para peserta juga diajar teknik rawatan terkini dengan menggunakan peralatan terkini. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta dan dapat meningkatkan kemahiran diri seterusnya menjana pendapatan.