HARI TERBUKA 2019

23 September 2019 | Berita Semasa

Pada 16 September 2019 , Pusat Internet Felda Gunung Besout 1 telah menganjurkan Hari Terbuka.  Program yang bermula hari Isnin jam 8.00 pagi telah disusun dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang berlangsung adalah zumba, mewarna kanak-kanak, Pertandingan Bola Jaring, Karaoke, dan Sukaneka Rakyat. Aktiviti santai juga turut disediakan dimana para pengunjung hanya perlu membeli kupon dan bermain beberapa permainan antaranya Word Search KDB, Roda Impian,Puzzle, Giant Jengga dan Permainan Tradisional seterusnya melayakkan pengunjung memenangi pelbagai cabutan bertuah yang menarik. Pelbagai lapisan umur yang menyertai senamrobik ini yang terdiri daripada pelajar sekolah, dewasa dan warga emas.