MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA PUSAT INTERNET DAN PENGURUSAN FELDA

04 July 2019 | Berita Semasa

Bagi meraikan kedatangan bulan Syawal, pada 19 Jun  2019 (Selasa) telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Pusat Internet bersama Pengurusan Felda dan badan – badan yang terdiri daripada JKKR, GPW, Masjid, Koperasi, KAF dan MBFM Felda Gunung Besout 1. Majlis dimulai dengan bacaan tahlil bersama komuniti. Majlis yang bermula pada jam 11.00pagi dan berakhir pada jam 1.00petang berlansung dalam suasana penuh kemeriahan dan warna warni aidilfitri.