PROGRAM HARI ICT 2018 UPSI
02 December 2018 | Berita Semasa
Pada 30 November 2018 , Pusat Internet telah diundang mengadakan pameran sempena Majlis Perasmian Penutup Hari ICT 2018 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Pusat Internet kepada pengunjung yang hadir ke booth Pusat Internet dan SKMM antaranya Roda Impian Klik Dengan Bijak, Word Seach dan Tayangan Video.Sepanjang pameran ini berlangsung banyak mesej dan maklumat yang dikongsi berkaitan kawalan kendiri dimedia sosial dan juga kempen yang sedang dijalankan oleh SKMM.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Naib Canselor UPSI.Turut bersama juga adalah Sesi Penyerahan Kempen Mobile E-Waste kepada Ketua Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Perak iaitu Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman.










