HARI TERBUKA PEDI BERSAMA KOMUNITI
22 December 2022 | Berita Semasa
Program Hari Terbuka PEDi Bersama Komuniti merupakan program yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Gunung Besout 1. Program ini telah dijalankan pada 15 Disember 2022 bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 1. Pelbagai aktiviti dan pengisian program yang dijalankan bersama komuniti setempat antaranya adalah Program Pemerkasaan Usahawan@Pupuk, Pertandingan Snap & Win Produk Usahawan, Pertandingan Gerai Usahawan, Pertandingan Ikon Usahawan PEDi, Sesi Perkongsian Bersama Usahawan PEDi, dan juga Pertandingan Sambal Siapa Boleh Jual. Turut diadakan juga pertandingan bagi kategori pelajar sekolah menengah seperti Pertandingan Futsal kategori Bawah 18 Tahun, Pertandingan Augmented Reality dan Pertandingan Educational Science Technolgy Kits. Bagi kategori pelajar sekolah rendah pula telah dijalankan Pertandingan Mewarna bagi kanak – kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun, Pertandingan Kolaj Bersama Keluarga bagi kanak – kanak yang berumur 3 tahun hingga 6 tahun. Selain itu terdapat juga pameran daripada agensi kerajaan dan swasta serta produk usahawan tempatan antaranya Tabung Haji, Ar Rahnu YaPIEM, Agro Bank serta Madu Kelulut Pak Ya.

